~Ahlan

~Jazakumullah~

Neko












::Pesanan::


   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, January 01, 2010
~Akhawat~

Aurat Wanita dari Firman Allah dan Hadis-hadis Nabi

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang
mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta
supaya dicukurkan bulu kening."
~Riwayat Abu Daud FiFathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki)
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki
(atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan." An-Nur: 31.
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.


3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian
kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium
baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina
dan tiap-tiap mata ada zina."
~Riwayat Nasaai, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung
hingga menutupi dada-dada mereka."
~An-Nur : 31


5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi
atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat
At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan
giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah".
~Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan
janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang
jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up)
dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung
yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
"Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah
dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah:
Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah
berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan
kecuali pergelangan tangan dan wajah saja."
~Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu
lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis
yang tidak halal baginya".
~Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah
mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31.
Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan
yang satu mengikuti pandangan lainnya.
Kamu hanya
boleh pandangan yang pertama,
pandangan seterusnya
tidak dibenarkan."
~Riwayat Ahmad, Abu Daud danTirmidzi.


10. Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak
dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada
perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda
SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak
yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala
mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan,
maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."
~Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin,
hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan
menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu,
puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan
mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga
daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat
Al
Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka
pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia
telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah."
Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan,
maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari
akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii danIbn Majah.
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah
perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong
pada maksiat dan menarik orang lain untuk
melakukan maksiat.
Mereka tidak akan masuk syurga dan
tidak akan mencium baunya."
Bukhari dan
Muslim.
Keterangan: Wanita yang berpakaian

tipis/jarang, ketat membentuk dan berbelah/membuka
bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan
isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai
baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu
supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka
tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang."
~Al Ahzab : 59.


13. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan
yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya
dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu
menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."
~Riwayat Bukhari dan Muslim.

Posted at 3:19:39 am by raihanfirdausi
Komen Anda  

Thursday, June 15, 2006
~Ilmiah~

KISAH JIBRIL DAN RASULULLAH SAW

 

JIBRIL MENERANGKAN SIFAT-SIFAT TERPUJI KEPADA RASULULLAH SAW..

Malaikat Jibril datang berkunjung ke tempat Rasulullah SAW....

Malaikat Jibril; "Ya Muhammad,Allah mengutusku untuk menyampaikan sebuah hadiah yang tidak pernah diberikan-Nya kepada siapa pun sebelum mu ."

Rasulullah SAW ; "Hadiah apa itu wahai Jibril?
Malaikat Jibril    ;  "Sifat sabar.Dan ada yang lebih baik dari itu."
Rasulullah SAW ;   "Apa itu hai Jibrail?"
Malaikat Jibril     ;  "Sifat Redha.Dan ada yang lebih baik dari itu."

Rasulullah SAW ;   "Apa itu hai Jibrail?"
Malaikat Jibril     ;   "Sifat Zuhud.Dan ada yang lebih baik dari itu."

Rasulullah SAW ;  "Apa itu hai Jibrail?"
Malaikat Jibril     ; "Sifat ikhlas.Dan ada yang lebih baik dari itu."
Rasulullah SAW  ; "Apa itu hai Jibrail?"
Malaikat Jibril     ; "Sifat yakin.Dan ada yang lebih baik dari itu."
Rasulullah SAW ; "Apa itu hai Jibrail?" tanya Baginda lagi.
Malaikat Jibril     ; "Untuk mendapatkan kesemuanya itu diperlukan sifat tawakal,berserah diri sepenuhnya pada Allah Azza Wa Jalla."

Rasulullah SAW  ; "Apa itu tawakal kepada Allah hai Jibril?"
Malaikat Jibril     ; "Tawakal bererti engkau mengetahui bahawa selain Allah SWT ,tidak ada yang boleh mendatangkan sebarang kerugian atau manfaat,memberi atau melarang;dan engkau bersikap tidak menaruh harap pada selainNya. Apabila seorang hamba bersikap dan mempunyai sifat seperti ini maka dia tidak akan mengerjakan sesuatu melainkan kerana Allah SWT semata-mata. Dia tidak tamak memohon kecuali kepada Allah.Inilah yang dikatakan dengan TAWAKAL."

Rasulullah SAW ;  "Wahai Jibril,apa erti sifat sabar?."
Malaikat Jibril  ;  "Iaitu engkau bersabar di saat duka sebagaimana engkau sabar di saat bahagia;di saat miskin;di saat kaya;di saat menerima bencana, dan di saat sejahtera engkau tidak mengeluhkan keadaanmu kepada makhluk lain atas apa yang engkau terima dari ujian dan derita."


Rasulullah SAW ; "Wahai Jibril,apa erti sifat qana'ab berkecukupan?."
Malaikat Jibril  ; "Qana'ah ,bererti engkau merasa cukup dengan apa yang engkau terima dari duniamu;engkau merasa cukup dengan yang sedikit dan bersyukur atas apa yang ala kadarnya."

Rasulullah SAW  ; "Wahai Jibril,apa erti redha ?."
Malaikat Jibril   ; "Orang yang redha adalah orang yang tidak murka pada tuannya,apakah dia memperolehi dunianya atau tidak;dan dia tidak rela dirinya menjalankan suatu tanggungjawab sekadarnya."

Rasulullah SAW   ; "Wahai Jibril,apa erti Zuhud ?."
Malaikat Jibril     ; "Orang yang zuhud adalah dia yang mencintai orang yang cinta pada Khaliknya,benci pada orang yang membenci Khaliknya,bersikap berhati-hati dari bahagian dunia yang halal,dan tidak menoleh pada bahagian yang haram.Kerana,yang halalnya pasti akan dihisab dan yang haramnya akan dihukum.Dia kasih kepada seluruh kaum Muslimin seperti halnya dia kasih pada dirinya.Dia bersikap waspada ketika berbicara sebagaimana dia menghindar dari bangkai yang sangat busuk baunya. Dia berhati-hati dari tipu daya dunia dan keindahannya sebagaimana dia menghindari api dari melahapnya.Dia tidak berangan-angan panjang dan menganggap seakan ajalnya sudah berada di hadapan matanya."

Rasulullah SAW  ; "Wahai Jibril ,apa erti ikhlas?."
Malaikat Jibril   ; "Orang ikhlas adalah dia yang tidak memohon dari manusia lain,tapi berusaha keras sampai dia memperolehi cita-citanya;apabila dia telah memperolehinya,dia akan rela.Jika masih ada sesuatu yang tersisa di tangannya,dia akan memberinya kerana Allah SWT semata-mata.Orang yang tidak memohon dari makhluk,bererti dia telah menyatakan sikap ubudiyyab (kehambaan) kepada Allah Azza Wajalla.Jika dia memperolehinya lalu dia rela,bererti dia telah rela pada Allah SWT dan Allah AWT juga rela padanya.Apabila dia memberi semata-mata kerana ALLAH Azza Wajalla,maka dia memberinya dengan penuh keyakinan akan janji-Nya."

Rasulullah SAW ; "Wahai Jibril,apa erti yakin ?."
Malaikat Jibril    ;   "Orang yakin adalah dia yang beramal semata-mata kerana Allah seakan dia melihat-Nya.Sekalipun dia tidak melihat Allah,namun Allah SWT melihatnya.Dia yakin bahawa apa yang terjadi padanya bukan sesuatu yang keliru dan apa yang tidak terjadi pada dirinya adalah bukan bahagiannya.SEMUA ITU ADALAH RANTING-RANTINGNYA TAWAKAL DAN TANGGA MENUJU SIFAT ZUHUD.. "

 


Posted at 8:46:26 am by raihanfirdausi
Komen Anda  

Monday, June 05, 2006
~Lirik~

Kias Cinta

 

Seandainya dunia tiada warna

Tetap kan ku kagumi

Indah maya dunia ciptaan-Nya

Kudrat-Nya ku agungi

 

Namun jalin warna

Zahirlah sang pelangi

Menyisih mendung menambat seri

Terbias semua cahaya

Nyata ilham di alam mimpi

Betapa ku syukuri nikmat-Nya

Ku pasti…

 

Begitu kias cinta

Hadir menghuni jiwa

Menyatu sejuta rasa

Kurnia penuh bermakna

 

Tika dalam gelita

Atau sepi kembara

Dihadirkan rasa cinta

Sisih segala duka

Anugerah dari-Nya

 

Hanyalah cinta-Nya

Yang amat ku harapkan

Tiada lain yang jadi rayuan

Namun Dia Maha Mengerti

Tak mampu insan bersendiri

Menempuh dugaan yang menguji

Naluri…


Posted at 8:49:03 am by raihanfirdausi
Komen Anda  

Wednesday, May 03, 2006
~Lirik~

Segenggam Tabah- Inteam

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi


Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian


Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti


Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau ubat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu


Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya 


                          Sessi Fotografi Inteam di Putrajaya dikendalikan oleh jurufoto profesional


Posted at 7:29:11 am by raihanfirdausi
Komen Anda  

Tuesday, May 02, 2006
~Lirik~

Yang Maha Penyayang-Hijjaz


Lihat bulan dan bintang
Menerangi dunia
Betapa Agung kerajaan-Nya
Lihat pula lah hutan
Sang suria di atasnya
Semua akur pada Yang Esa

Umpamakan sang unggas
Di rimba belantara
Begitulah bandingannya kita
Sungguh kerdilnya insan
Yang diciptakan Tuhan
Ternyatalah Agung Ar-Rahman

Besar nian bahaya
Kita tempuhi jua
Segala perintah-Nya kita laksana
Jauhkan larangan-Nya
Sembunyi atau nyata
Semua untuk faedah kita

Ikhlaskan pada hati
Amal kerna Ilahi
Teguhkan dalam diri kalam Rabbani
Pesanan dari Nabi jadi panduan diri
Hidup dan mati untuk Ilahi

Tiada perkataan layak buat bayangan
Terima kasih pada-Mu Tuhan
Tak terhitung kurniaan
Biara dakwat selautan
Sesungguhnya Kau Maha Penyayang
 
                                          
 
                                   

Posted at 12:56:24 pm by raihanfirdausi
Comment (1)  

Next Page